Inilah putera dan
puteri cilik saya. Aisyah, Adam dan Suri.
Ketika berkesempatan pasti saya
akan curi merakamkan gambar atau video mereka buat santapan ketika rindu atau sebagai hiburan ketika penat
memerah otak di pejabat. Cukup untuk
lima minit melihat mereka sudah membuatkan saya kembali bersemangat dan ceria. Inilah
wajah-wajah ahli Syurga.
Pernah di satu hari ketika kami dalam perjalanan untuk ke majlis open house Ucu mereka di Puchong, abang (Adam) buat perangailah pulak. Dalam kereta dia menangis dan menguji kesabaran saya lantas saya pun memberhentikan kereta di tepi jalan lalu saya terus membuka pintu kereta belakang.
Saya beri dia dua pilihan dengan nada yang agak tinggi..

“ Abang boleh nangis tapi kena
keluar kereta dan tinggal kat sini ” atau
“ Abang boleh ikut tapi kena diam”.
Itulah arahan saya dengan nada yang serius.
Adam Cuma mendiamkan diri sambil tangannya menutup mulut kerana bimbang suara dan esakkannya yang masih berbaki kedengaran. Air mata membasahi pipi sambil merenung saya, minta simpati. 5 saat saya menunggu jawapannya dan akhirnya dia terus diam sehinggalah sampai ke destinasi kami.
Sebenarnya saya sungguh menyesal kerana meninggikan sedikit suara walaupun ianya adalah spontan tapi saya menyesalinya… kalau di fikirkan semula apalah salahnya saya cuba bercakap baik-baik dengannya tanpa meninggikan suara kerana pada hakikatnya dia lebih mulia di sisi ALLAH kerana dia tiada dosa berbanding dengan saya yang masih belum pasti.
Semoga saya lebih berhemah dalam apa-apa situasi.
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan