Semalam. Selepas makan semasa berjalan
keluar dari kedai tiba-tiba saya terjatuh. Gedebuk. Cepat-cepat bangun bimbang
di sedari orang sekeliling. Malu. Alhamdullilah dapat juga bangkit… tapi
sakitnya kaki, terus meluru ke kereta secepat mungkin. Dalam kereta, kaki di
usap perlahan-lahan. Berdenyut-denyut, rehat sekejap. Fikiran menerewang sama
ada hendak talipon suami atau masuk pejabat atau ke klinik atau hospital. Lima minit dan keputusannya ke pejabat.
Tingkat 2, sukarnya melangkah kerana kaki
sudah mula membengkak. Cuba positifkan minda. Namun kaki dah mula menegang,
ketat. Bengkaknya semakin besar. Suami membuat keputusan untuk menghantar saya
ke Gemas, pakar urut patah (Mr Lim) bekas guru besar sekolah. Kepakarannya
dalam mengubati orang yang sakit patah atau apa-apa yang berkaitan amat-amat
kami kagumi. Setiap ahli keluarga atau sedara mara dan kawan-kawan jika ada
masalah patah, kami akan cadangkan berjumpa dengan dia. Hasilnya telah di
buktikan keberkesannya. Suami telah menyuruh adiknya untuk mengambil nombor
giliran dulu kerana kami sedia maklum pasti orang sentiasa ramai memerlukan
perkhidmatannya.
Dalam perjalanan, sakit semakin lebih
dirasai lebih-lebih lagi jika ada gegaran, pasti terasa sakit sangat. Saya mengambil
bantal kecil di letakkan di celah lutut bagi membolehkan kaki tergantung tanpa
menyentuh mana-mana bahagian kereta. Suami menanyakan sama ada sakit atau tidak.
Malas nak jawap sebab menambahkan sayu di hati. Sunyi. Dalam perjalanan saya Cuma
mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kekuatan agar
saya dapat menahan kesakitan yang akan di lalui nanti. Sakit kaki bertambah
terasa dan tanpa di undang air mata mengalir membasahi pipi. Saya mengambil
pendekatan mengucapkan Alhamdullilah dan senyum sebagai petua yang telah diajar
oleh Ustazah Nurhafizah Musa bagi mengurangkan rasa sakit. Terus membacanya di
selang seli kan dengan beristigfar dan berselawat.
Kami sampai lebih kurang pukul 6.20 petang
orang ramai, biasalah. Suami turun dulu untuk mengambil kerusi roda sekiranya
ada di sediakan. Nombor kami belum lagi melepasi iaitu numbor 36. Malang kerusi
roda tiada dan suami pinjamkan tongkat dari seorang Pakcik di situ, dapatlah
saya berjalan menggunakan tongkat. Sebelum itu suami menawarkan untuk mendukung
saya, hah! Berat tu…70kg. No..no..no bimbang nanti sakit berpindah tempat
pulak.
Lebih kurang pukul 7.30pm tibalah giliran
saya. Masuk, duduk. Mr lim memeriksa kaki saya yang bengkak itu… katanya tulang
dah beralih… kena betulkan dan tolak semula… ok, jawapan saya ringkas. Buatlah
apa saja yang terbaik yang penting kaki ini sembuh seperti sedia kala.
Suami diarahkan untuk memegang kaki
berhampiran dengan lutut bagi beliau membetulkan apa yang tidak betul. Saya menyorokkan
muka di belakang suami. Takut nak tengok. Tarik nafas…lembutkan kaki..
kedengaran suami memberi arahan. Terasa kaki di godel, keriut… dan entah apa-apa
lagi. Nyilu dan sakit sangat tapi tiada suara yang keluar. Hah! Lega sikit
walau masih ada rasa sakit dek berpusing-pusing kaki tadi. It ok. Bayarannya cuma
RM30 sahaja. Murah sangat.
Dalam berjalan balik suami bertanya “ tak
sakit ke ? mungkin dia lihat saya selamba sahaja.
“ Sudah tentu sakit bang…” ringkas jawap
saya.
“ Kalau sakit, lepaskanlah..”
“ Bukan cara saya “
Kami sampai di rumah hampir pukul 12 malam.
Penat, rehat, tidur.
Kalau tulang patah bole buat x...ada alamat kedai urut tu x
BalasPadamKalau tulang patah bole buat x...ada alamat kedai urut tu x
BalasPadamSy nak perbetul kn tulang lutut sy boleh ke
BalasPadamBoleh bagi alamat rumah nye atau no tel
BalasPadamPergi di shell area kem shed sirajuddin gemas ..sebelah kedai mozek...
BalasPadamSaya pun nk try perubatan ni...masalah saya lutut x boleh lipat n tegak mcm dulu selepas accident..saya patah dipeha tulang hancur tapi masalahnya lutut pulak yg buat hal...tolong bagi no tel boleh tak.
BalasPadamPukul brp open
BalasPadamCikgu Lim Tabib Patah Tulang
BalasPadamAddress: 73400 Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Gemas
Negeri Sembilan
73400
Malaysia
Time:
Monday: 4:00 to 9:30 PM
Tuesday: 4:00 to 9:30 PM
Wednesday: 4:00 to 9:30 PM
Thursday: 4:00 to 9:30 PM
Friday: 4:00 to 9:30 PM
Saturday: 4:00 to 9:30 PM
Sunday: Closed
Phone: 019-596 6321
Tomorrow what time the centre will be open sir.we from seremban..
BalasPadamAda nombor cikgu Lim tak
BalasPadamBila sy boleh pergi
BalasPadamAde x nombor telefon cikgu Lim untuk saya buat temujanji.
BalasPadamBuka balot hari ni
BalasPadamBuka balot hari ni 11/9/2021 dalam 2.00pm 0164796461
BalasPadamAda cntck no x
BalasPadam