Bismillahhirrahmannirahim...
Di kesempatan hidup yang berbaki...
Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu Ya Allah...dari dosa-dosa yang diperbuat sama ada dalam sedar dan sengaja atau yang tidak disengajakan, dosa yang lalu dan kini dan jua yang akan datang, dosa yang tidak aku ketahui atau yang nyata.
Ya Allah aku hamba yang jahil, banyak dosa, nafsu sering menguasai diri... ampunilah aku....
Masa yang terlalu pendek ini aku mohon agar hidupku di rahmati oleh Mu Ya Allah, aku mohon keberkatan hidup ini, aku mohon agar di ampunkan dosa-dosaku sebelum aku mengadapMu
Ya Allah.
Sebagai Hamba,
Aku mahu menjadi hambaMu yang paling-paling tawaduk... aku mahu menjadi hambaMu yang paling di kasihiMu Ya Allah. Bantulah aku...berikanlah hidayah kepadaku... berkatilah aku...rahmatilah aku...aku sangat-sangat berharap dariMu Ya Allah. Aku mohon agar engkau menanugerahkan hari terakhirku sebagai hari yang paling-paling mengembirakan aku dan teristemewa. Aku berserah padaMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus.
Sebagai Isteri,
Aku mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami... semata-mata keranaMu Ya Allah.
Menurut perintahnya selagi tidak membatasi agama
Sebagai Anak,
Aku mahu jadi anak yang terbaik buat emak dan arwah ayah. Bantulah aku Ya Allah,
Semuanya semata-mata keranaMu Ya Allah.
Sebagai Adik dan Kakak,
Aku mahu jadi yang terbaik buat kakakku jua adik-adikku. Aku mohon dari Mu Ya Allah
untuk terus tawaduk dalam menjadi yang terbaik semata-mata kerana Mu Ya Allah
Sebagai Pekerja,
Aku mahu jadi pekerja yang terbaik buat boss ku.dan syarikat tempat aku meraih rezeki..semata-mata keranaMu Ya Allah
Aku mahu menjadi hambaMu yang paling-paling istimewa dan tawaduk Ya AllahSebagai Isteri,
Aku mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami... semata-mata keranaMu Ya Allah.
Menurut perintahnya selagi tidak membatasi agama
Sebagai Anak,
Aku mahu jadi anak yang terbaik buat emak dan arwah ayah. Bantulah aku Ya Allah,
Semuanya semata-mata keranaMu Ya Allah.
Sebagai Adik dan Kakak,
Aku mahu jadi yang terbaik buat kakakku jua adik-adikku. Aku mohon dari Mu Ya Allah
untuk terus tawaduk dalam menjadi yang terbaik semata-mata kerana Mu Ya Allah
Sebagai Pekerja,
Aku mahu jadi pekerja yang terbaik buat boss ku.dan syarikat tempat aku meraih rezeki..semata-mata keranaMu Ya Allah
Berkatilah aku, rahmatilah aku, bantulah aku, pimpinlah aku kerana aku hidup dan matiku semata-mata kerana Mu Ya Allah.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan