16 September 2012
Teringat lagu ' Pergi tak Kembali" nyayian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bait-bait liriknya cukup membuatkan hati sayu dan begitu tersentuh...dan kadangkala boleh mengalirkan air mata takala menghayatinya.
Di kesempatan bercuti saya tidak lepaskan peluang untuk menziarahinya... sudah lama saya tak ke sini, rindu dan keinginan tetap ada tapi masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Saya tidak punya alasan walaupun alasan saya cukup munasabah dan kalau di adili sekali pun pasti saya akan menang.
" Sekujur badan berselimut putih......Rebah bersemadi sendiri... Mengharap kasih anak dan isteri.... Apa mungkin pahala di kirim ..."
Sudah dua tahun beliau meninggalkan kami, tapi saya masih tidak dapat melupakannya. Setiap hari takala bangun tidur selepas kesyukuran di panjatkan buat Ilahi kerana masih bernafas pasti saya akan hadiahkan atau sedekahkan Al-Fatihah buatnya ( without fail ) Alhamdullilah dan InsyaAllah sehingga akhir hayat ini.
Seminggu sebelum pemergiaannya saya seolah-olah mendapat petunjuk kerana setiap hari saya akan menangis mengenangkannya terutama ketika memandu sendirian balik dari kerja dan ketika ingin melelapkan mata di malam hari.... entah kenapa..
Tapi ketika hari kembalinya beliau mengadap Ilahi saya langsung tidak mengeluarkan air mata kecuali sedikit ketika memberikan ciuman terakhir buatnya...
Dan selepas itu dan kini saya masih terus mengingatinya dan sesekali mengalirkan air mata... oleh itu setiap zikir dan amalan baik yang saya buat pahalanya di sedekahkan buat beliau. Semoga beliau tenang di sana...
" Selamat tinggal pada semua......Berpisahlah kita selamanya........
Kita tak sama nasib di sana... Baikkah atau sebaliknya.."
Semoga Allah merahmati Allahyarham Ayahanda tercinta...
Mak Ngah
22.25 hours
Tiada ulasan:
Catat Ulasan