Catatan Popular

Selasa, 14 Mei 2013

HARI GURU

As Salam,

Esok lusa hari yang bermakna buat guru2 di Malaysia, mesti pelajar2 dah standby hadiah buat guru yang mereka sayangi dan hormati.

Terima Kasih Cikgu Mohd Noor,
Guru kelas saya ketika dalam darjah 6. Setiap hari cikgu Mohd Noor akan "tapow" untuk saya karipap atau mehon dan di sertakan air pulak tu.  Terima kasih cikgu dan yang peliknya cuma saya dan seorang lagi pelajar lelaki sahaja. Tertanya-tanya sendiri kenapa hanya saya? Apa istimewanya saya berbanding pelajar yang lain. Kadang2 saya terasa malu juga.  Pernah sekali saya menyorok kerana tidak mahu lagi menerima sarapan pagi, tapi cikgu tetap cari saya dan titipkan bekalan tersebut kepada kawan saya. 

Terima Kasih Cikgu Nor Ainun,
Guru kelas ketika saya di tingkatan 3.  Cikgu yang paling saya sayangi dan minati kerana subjek yang di ajar adalah matematik, iaitu subjek paling2 saya sukai.  Setelah tamat tingkatan 3, saya berhijrah ke Kuantan bagi meneruskan pelajaran di sana.  Cikgu Ainun ketika tu telah berkahwin dan berpindah ke Kuantan.  Saya tidak menyangka beliau sering kali menziarahi saya di asrama.  Kadang2 dia menjemput saya di asrama untuk berkunjung ke rumahnya pada hari bercuti sabtu dan ahad.

Terima Kasih Cikgu Norhana,
Guru kelas ketika saya di tingkatan 5, guru fizik yang cukup tenang dan sentiasa membantu kami dalam subjeknya atau sebagai nasihat ketika saya memerlukan.

Terima Kasih jua semua cikgu2 yang pernah mengajar saya.  Doa saya sentiasa mengiringi kamu semua, 
In Sha Allah. Teringin untuk berjumpa cikgu2 dan ucapkan " SELAMAT HARI GURU"

Wasallam.





Khamis, 2 Mei 2013

TIGA CILIK




15 Disember 2012

Al-Fatihah....Takziah

Bismillah....
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Subhanaallah.... saya di kejutkan dengan pesanan sms dari adik tersayang menyampaikan berita sedih atas pemergiaan anaknya yang ke..4.  bayi  tidak dapat di selamatkan dan isterinya pula mengalami pendarahan... Innalillah.....

Tiba-tiba air jernih bertakung di celah2 mata tanpa di pinta.. sekalipun belum pernah melihat apatah lagi menyentuhnya namun hati berasa sayu... dan  terasa ingin bersama2 mereka berkongsi kesedihan namun apakan daya saya tidak mampu....hanya doa iringan buat mereka. Salam takziah... Al-Fatihah.

Memang sejak kebelakangan ini hati saya mudah tersentuh....
Di satu hari ketika menunggu giliran untuk berjumpa peguam bagi mendapatkan surat pengesahan permit lori rosak untuk rujukan pihak SPAD, saya mengambil peluang membaca setiap bingkisan surat khabar yang di tampal pejabat peguam tersebut.  Saya terbaca kisah bayi yang baru lahir telah di campakkan dari tingkat 3 rumah flat di Desa Mentari Petaling Jaya.  Surat khabar metro tu memaparkan gambar bayi tersebut, tiba-tiba air mata saya menangis melihatnya....sedih mengenangkan generasi sekarang tidak mempunyai perasaan langsung,  sampai hati ibunya buat beliau begitu...pendeknya akal beliau.... rasanya jika beliau memberinya kepada mereka yang memerlukan  itu kan lebih baik.

Semoga Allah mengampunkan dosa ibunya..


Wassalam.