Catatan Popular

Jumaat, 15 November 2013

CERITA KELMARIN

KELMARIN...........

Kereta saya di halangi oleh sebuah kereta proton pesona. Saya membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian si pemilik kereta.  Semoga orang-orang di sekeliling memaafkan saya kerana membuat bising, namun tiada pilihan.

Hati yang dulu bukan lagi yang sekarang.... sudah di setkan minda agar bersabar dengan ujian sekecil ini, tiada lagi sikap marah malah sudah memaafkan si pemilik kereta.  Sabar tiada had namun kadang2 kita sahaja yang menghadkannya.

Dua puluh minit berlalu, entah dari mana, pemilik kereta muncul..tiba-tiba, 
sambil memandang sinis kepada saya...seolah-olah saya yang buat salah kepadanya, Masyaallah..

Kesian dia, rendahnya akhlak yang di tunjukkan, usahkan nak minta maaf, mengangkat tangan pun tidak.
Sedih dengan masyarakat kini. Kita telah di ajar pelajaran sivik di sekolah...dan lagi sedih kerana beliau adalah sebangsa dan seagama..

Saya tak kisah pun... cuma masa tesebut telah membuatkan saya kerugian....kerana dalam masa dua puluh minit sudah cukup untuk saya sampai ke pejabat semula bagi menyambung tugas yang melimpah ruah sedang menunggu di atas meja.

RENDAHKAN HATI.... TEGUHKAN IMAN.....



Jumaat, 25 Oktober 2013

Sayangi..Mak, Sayangi...Ayah...



Sayu... takala mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias

Sayangi mak
Sayangi ayah
Bagi yang sudah tidak ada ayah
Bagi yang sudah tidak ada ibu
Carilah satu amalan yang membolehkan mak dan ayah kita dapat pahala dalam kubur
Tolonglah carikan amalan yang boleh pos pahala dalam kubur untuk mak dan ayah dalam kubur
Tolong jangan buat maksiat
Kesian arwah mak kita
Kesian arwah ayah kita
Kalau kita kekalkan maksiat
Kalau kita kekalkan pergaduhan sesama keluarga
Pertikaian sesama keluarga
Tersiksa mereka dalam kubur
Mari kita ambil iktibar
Kalau kita dah mati ayah,  dah mati ibu
Cari jalan macamana nak dapat pahala untuk mereka
Nak pos pahala untuk mereka

Tolonglah eratkan silaturahim
Jangan berpecah belah
Kesian mereka mak dan ayah kita yang berada dalam kubur

Yang masih ada mak
Layanlah mak elok-elok
Dia sakit... belalah elok-elok
Dia duduk dengan kita, bela elok-elok
Jangan sia-siakan mak kita
Jangan lalai... alpakan mak kita
Bila mak kita mati... tak de siapa lagi
Tak guna apa lagi

Yang mana masih lagi ada ibu
Yang mana masih lagi ada ayah
Tolong layan elok-elok
Tolong hormat elok-elok
Tolong bela elok-elok
Jangan maki
Jangan marah
Jangan hambur perkataan kasar pada mereka
Mak pangil datang
Mak lambat pun sabar...
Mak marah pun sabar...
Mak seolah-olah kasih kepada anak yang lain
Tak kasih pada kita pun... sabar
Itu mak kita
Jangan terasa langsung hati dengan mak
Jangan kata mak tak adil
Mak kasih orang lain
Mak sayang kakak
Mak sayang adik
Mak tak sayang saya
Jangan anggap macam tu
Anggap mak kita sentiasa perfect
Mak kita sentiasa betul
Ayah kita sentiasa betul







Selasa, 14 Mei 2013

HARI GURU

As Salam,

Esok lusa hari yang bermakna buat guru2 di Malaysia, mesti pelajar2 dah standby hadiah buat guru yang mereka sayangi dan hormati.

Terima Kasih Cikgu Mohd Noor,
Guru kelas saya ketika dalam darjah 6. Setiap hari cikgu Mohd Noor akan "tapow" untuk saya karipap atau mehon dan di sertakan air pulak tu.  Terima kasih cikgu dan yang peliknya cuma saya dan seorang lagi pelajar lelaki sahaja. Tertanya-tanya sendiri kenapa hanya saya? Apa istimewanya saya berbanding pelajar yang lain. Kadang2 saya terasa malu juga.  Pernah sekali saya menyorok kerana tidak mahu lagi menerima sarapan pagi, tapi cikgu tetap cari saya dan titipkan bekalan tersebut kepada kawan saya. 

Terima Kasih Cikgu Nor Ainun,
Guru kelas ketika saya di tingkatan 3.  Cikgu yang paling saya sayangi dan minati kerana subjek yang di ajar adalah matematik, iaitu subjek paling2 saya sukai.  Setelah tamat tingkatan 3, saya berhijrah ke Kuantan bagi meneruskan pelajaran di sana.  Cikgu Ainun ketika tu telah berkahwin dan berpindah ke Kuantan.  Saya tidak menyangka beliau sering kali menziarahi saya di asrama.  Kadang2 dia menjemput saya di asrama untuk berkunjung ke rumahnya pada hari bercuti sabtu dan ahad.

Terima Kasih Cikgu Norhana,
Guru kelas ketika saya di tingkatan 5, guru fizik yang cukup tenang dan sentiasa membantu kami dalam subjeknya atau sebagai nasihat ketika saya memerlukan.

Terima Kasih jua semua cikgu2 yang pernah mengajar saya.  Doa saya sentiasa mengiringi kamu semua, 
In Sha Allah. Teringin untuk berjumpa cikgu2 dan ucapkan " SELAMAT HARI GURU"

Wasallam.





Khamis, 2 Mei 2013

TIGA CILIK




15 Disember 2012

Al-Fatihah....Takziah

Bismillah....
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Subhanaallah.... saya di kejutkan dengan pesanan sms dari adik tersayang menyampaikan berita sedih atas pemergiaan anaknya yang ke..4.  bayi  tidak dapat di selamatkan dan isterinya pula mengalami pendarahan... Innalillah.....

Tiba-tiba air jernih bertakung di celah2 mata tanpa di pinta.. sekalipun belum pernah melihat apatah lagi menyentuhnya namun hati berasa sayu... dan  terasa ingin bersama2 mereka berkongsi kesedihan namun apakan daya saya tidak mampu....hanya doa iringan buat mereka. Salam takziah... Al-Fatihah.

Memang sejak kebelakangan ini hati saya mudah tersentuh....
Di satu hari ketika menunggu giliran untuk berjumpa peguam bagi mendapatkan surat pengesahan permit lori rosak untuk rujukan pihak SPAD, saya mengambil peluang membaca setiap bingkisan surat khabar yang di tampal pejabat peguam tersebut.  Saya terbaca kisah bayi yang baru lahir telah di campakkan dari tingkat 3 rumah flat di Desa Mentari Petaling Jaya.  Surat khabar metro tu memaparkan gambar bayi tersebut, tiba-tiba air mata saya menangis melihatnya....sedih mengenangkan generasi sekarang tidak mempunyai perasaan langsung,  sampai hati ibunya buat beliau begitu...pendeknya akal beliau.... rasanya jika beliau memberinya kepada mereka yang memerlukan  itu kan lebih baik.

Semoga Allah mengampunkan dosa ibunya..


Wassalam.