Catatan Popular

Sabtu, 17 November 2012

Telur Ayam Rebus...Special present..


DUA BIJI TELUR AYAM....SEBAGAI HADIAH..


Semalam,  sambil memberus kakinya yang kotor selepas balik kerja….dia bercerita kisah silamnya…

Kebetulan tarikh lahirnya ( 13 Nov ) sama dengan mendiang neneknya dalam kalender cina. Tiada majlis sambutan harijadi buatnya lantaran keadaan hidup daif ketika itu…Neneknya cuma memerintahkan emaknya untuk memberi dia dua biji telur ayam rebus dan peha ayam goreng buatnya sebagai juadah istimewa di hari lahirnya… itu pun dia sudah cukup bangga kerana lebih mewah dari biasa..

Hari ini, dia mengarahkan saya merebus dua biji telur ayam dan maggi sebagai sarapan…saya mengikut arahan cuma telur saya rebus 4 biji, dua untuknya dan dua untuk saya….

Selepas makan sarapan dan bersiap untuk ke tempat kerja….( saya cuti ) lalu dia memeluk saya dengan ucapan selamat hari lahir dan dia berbisik hadiahnya hanya dua biji telur seperti dia ketika kecil dulu… oh…baru saya sedar kenapa cerita semalam diperdengarkan buat saya…

Sejak kebelakangan ini dia sering bercerita kisah  silamnya….dua hari yang lalu..sambil mengurut kakinya yang sakit…dia bercerita bahawa abang ke empatnya suka sangat mengurut mendiang ayahnya sambil berbual-bual. Abang ke 4 akan urut ayah jua neneknya dan tak kisah dimana-mana...kaki..belakang…tangan…bahu...

Itulah caranya untuk saya lebih peka kehendaknya….agar lalukan sesuatu dengan suka rela bukan ketika di perintah barulah buat… saya mesti berubah dan lebih sensitive dalam apa jua keadaan…Saya mesti berhijrah...InsyaAllah.

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan