DUA BIJI TELUR AYAM....SEBAGAI HADIAH..
Semalam, sambil memberus kakinya yang kotor selepas
balik kerja….dia bercerita kisah silamnya…
Kebetulan
tarikh lahirnya ( 13 Nov ) sama dengan mendiang neneknya dalam kalender cina. Tiada majlis
sambutan harijadi buatnya lantaran keadaan hidup daif ketika itu…Neneknya cuma
memerintahkan emaknya untuk memberi dia dua biji telur ayam rebus dan peha ayam
goreng buatnya sebagai juadah istimewa di hari lahirnya… itu pun dia sudah
cukup bangga kerana lebih mewah dari biasa..
Hari ini, dia
mengarahkan saya merebus dua biji telur ayam dan maggi sebagai sarapan…saya
mengikut arahan cuma telur saya rebus 4 biji, dua untuknya dan dua untuk saya….
Selepas makan
sarapan dan bersiap untuk ke tempat kerja….( saya cuti ) lalu dia memeluk saya dengan ucapan
selamat hari lahir dan dia berbisik hadiahnya hanya dua biji telur seperti dia
ketika kecil dulu… oh…baru saya sedar kenapa cerita semalam diperdengarkan buat
saya…
Sejak kebelakangan ini dia sering bercerita kisah
silamnya….dua hari yang lalu..sambil mengurut kakinya yang sakit…dia
bercerita bahawa abang ke empatnya suka sangat mengurut mendiang ayahnya sambil
berbual-bual. Abang ke 4 akan urut ayah jua neneknya dan tak kisah dimana-mana...kaki..belakang…tangan…bahu...
Itulah caranya
untuk saya lebih peka kehendaknya….agar lalukan sesuatu dengan suka rela bukan
ketika di perintah barulah buat… saya mesti berubah dan lebih sensitive dalam
apa jua keadaan…Saya mesti berhijrah...InsyaAllah.
Wassalam..