Assalamualaikum.....
Dah lama Mak Ngah tak menulis, Kesibukan mengulang kaji membataskan segalanya, kini masa yang padat dah berakhir...., setahun Mak Ngah bertungkus lumus study dan Alhamudullilah minggu lepas Mak Ngah dah habis exam iaitu dua subjek yang terakhir. Dan InsyaAllah kalau di panjangkan usia Mak Ngah bercadang untuk meneruskannya keperingkat yang lebih tinggi iaitu ijazah. Ketika kawan seangkatan dah berjaya memgenggam segulung ijazah, Mak Ngah baru nak bermula. Kalau nak tengok usia tentu ada yang tersenyum, tapi Mak Ngah tak kisah walaupun lambat tapi Mak Ngah kini berjaya juga mendapat Diploma dalam bidang perakaunan dan ijazah InsyaAllah....
Sebelum peperiksaan Mak Ngah dah mengambil cuti selama 3 hari bagi mengulang kaji pelajaran iaitu rabu, khamis dan jumaat. Periksa hari Khamis dan Sabtu. Tapi pada hari selasanya Mak Ngah pergi kerja seperti biasa. Mak Ngah rasa tak de mood pulak nak buat kerja tapi tak tahu kenapa.... bukan tak de kerja, banyak walaupun kerja-kerja penting yang harus di siapkan sebelum bercuti telah Mak Ngah settlekan awal2 lagi. Ada kerja yang memerlukan kita untuk berfikir, Mak Ngah tak nak buat kerana nak kosongkan fikiran dengan kerja... semua kerja tak jadi. Selalunya kalau Mak Ngah malas nak pergi kerja tapi kalau dah sampai office mood Mak Ngah akan berubah menjadi positif, bersemangat dan aura-aura yang negatif tu dah hilang dengan sendirinya.
Mak Ngah luahkan pada kawan sepejabat..
" Akak nak baliklah"
" Kenapa Kak, tak sihat ke?
" Taklah, tak de moodlah..."
" Kenapa ?"
" Mungkin nak exam kot, lagi pun kerja dah ok, nanti akak inform bos "
" Oklah..."
" Kalau ada apa2, just call" pesanku.
Awal Mak Ngah sampai rumah, lebih kurang pukul 11 pagi, terus Mak Ngah sms Pak Ngah.
" I'M AT HOME NOW"
Biasalah lepas tu pasti Pak Ngah akan call.
Pak Ngah bertanyakan kenapa, apa lagi... nak studylah...jawap Mak Ngah.
Lantas Pak Ngah memberitahu bahawa beliau ingin ke hospital...kenapa pulak je, tak de nampak pun dia tak sihat... Mak Ngah offerkan diri untuk menemaninya...
Barulah Mak Ngah perasan kenapa semua kerja yang Mak Ngah lakukan kat office tadi semuanya tak menjadi....
Dua subjek yang terakhir ini nampaknya susah banyak...paling susah subjek yang last... langsung tak terfikir di ingatan. tak nampak jalan. keluar. walau apa pun Mak Ngah dah cuba yang terbaik..
Ketika dalam dewan peperiksaan, pelbagai ragam rakan seperjuangan...Mak Ngah tak de masa nak tengok sangat kerana terlalu mengejar masa 3 jam tu. tapi dek kerana satu suara berdengkur keudara mengisi ruang peperiksaan, itulah Mak Ngah tengok juga keliling... Ada yang dah tidur, termenung, ada yang memungtal2 rambut namun ada juga yang kusyuk menekan calculator....
Keluar je dari dewan periksa, Principal dah tersenyum melihat Mak Ngah, sambil Mak Ngah berkata kepadanya,
" Mr. Liew, KO."
" I understand it quit tough, but is ok " jawapnya sambil tersenyum.
Walau apa2 pun Mak Ngah dah memenuhi argegate yang di perlukan untuk lulus..
Alahamdullilah....
Kini Mak Ngah consentrate dengan kerja yang akan di audit tak lama lagi....
Sekian..
Wasallam.
Catatan Popular
-
Semalam. Selepas makan semasa berjalan keluar dari kedai tiba-tiba saya terjatuh. Gedebuk. Cepat-cepat bangun bimbang di sedari orang se...
-
Di satu ketika yang lalu... Saya menziarahinya di hospital. Kesempatan yang singkat kami bertukar cerita... pelbagai yang kami kongsikan...
-
Bismillah.... Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Subhanaallah.... saya di kejutkan dengan pesanan sms dari adik te...
-
9 September 2012 ( Ahad ) 6.30am. Hari ini mengikut perancangan semalam, kami akan keluar berjogging di tasik Shah Alam Seksyen 7. Ka...
-
Salam... Suatu pagi yang tenang, seperti selalu Mak Ngah akan membereskan kerja-kerja yang di berkaitan bank dulu sebelum masuk office. B...
-
18 September 2012 Pagi yang hening di kejutkan dengan deringan telepon " ting tong, ting tong ! laksana loceng alarm ketika tetamu...
-
Assalamualaikum.... Semalam ( Selasa ) Mak Ngah balik kerja dalam pukul 6pm, sebab tak ada kelas itulah Mak Ngah balik lewat sikit selesai...
-
16 September 2012 Teringat lagu ' Pergi tak Kembali" nyayian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bait-bait liriknya cukup membuatkan...
-
KELMARIN........... Kereta saya di halangi oleh sebuah kereta proton pesona. Saya membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian s...
-
Bismillahhirrahmannirahim... Di kesempatan hidup yang berbaki... Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu Ya Allah...dari dosa-dosa yang...
Jumaat, 20 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan