Catatan Popular

Sabtu, 17 Disember 2011

Subhanallah... Allah Maha Mendengar

Kaki Mak Ngah melangkah longlai ke wad kecemasan dan trauma Hospital Serdang, dalam fikiran yang berkecamuk, hidup perlu di teruskan.  Tak ada apa2 yang cemas nya cuma badan Mak Ngah terasa panas dan tekak terlalu sakit  dan di iringi batuk sekejap2. Mak Ngah cuma nak ambil ubat bagi melegakan sakit ini.

Mak Ngah kena kuat semangat apa2 yang berlaku dan ujian dari yang Esa pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Sambil berjalan menuju ke wad kecemasan Mak Ngah berdoa dalam hati...
" Ya Allah apa yang harus aku lakukan... berilah petunjuk Mu... aku mohon kekuatan Mu dan jalan keluar agar aku dapat mengatasi masalah ni, tak mungkin aku meninggalkan emak keseorangan di wad tanpa orang yang menemaninya dan dalam masa yang sama badan Mak Ngah terlalu lemah... adik pula ada tuisyen dan tak mampu untuk menemani mak. Sudah seminggu Mak Ngah berkampung di hospital ini...semoga mak cepat sembuh, Ya Allah bantulah aku yang lemah ini....aku mohon padaMu....

Mak Ngah membuat pendaftaran sebagai pesakit luar..menurut kata jururawat tu kena tunggu lama sebab mereka utamakan kes yang serius  dulu.  Mak Ngah mengangguk faham dan Mak Ngah tak kisah pun untuk menunggu lama...

Ketika menunggu lebih kurang 15 minit, nama Mak Ngah di panggil.... taklah lama sangat. Alhamdullilah... doktor periksa Mak Ngah...dan terus ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat...
Tiba-tiba handphone Mak Ngah berdering...oh mak...di hujung talian, mak mengatakan dia dah boleh keluar wad.hari ini...Subhanaallah...Alhamdullilah...Allahuakhbar.... Allah mendengar rintihan hati Mak Ngah dan menyelesaikan masalah....lantas Mak Ngah memberitahu adik agar mengambil mak balik...dan Mak Ngah juga boleh juga balik untuk berehat ...Alhamdullilah...

Setiap masalah mengadulah kepada Allah, InsyaAllah dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihani hambanya...

Jumaat, 15 Julai 2011

SUSU BUAT EMAK

Salam,

Mak Ngah terkedu dan kaget apabila mendengar sendu emak di talian telepon.... kasar sangat ke nada suara Mak Ngah bertanya tadi ye ?... rasanya macam biasa je... atau sensitive sangat ke soalan Mak Ngah sehingga membuat beliau terasa dan terus menangis..... serba salah Mak Ngah di buatnya.

Mak Ngah baru habis bercuti selama seminggu ke Singapura... peluang bercuti di habiskan dengan berjalan sakan. Walaupun cuma ke kota singa tapi tak pe lah at least boleh tengok permandangan yang berbeza. Nak jimat kos lah katakan... hotel percuma, itulah alasan Pak Ngah untuk ke sana...ye lah kami menginap di rumah adiknya di sana... Memang lama dah Pak Ngah nak ke sana tapi sentiasa di tangguhkan lantaran masalah Mak Ngah yang belum selesai ( Tengah study ).

Selepas balik tulah Mak Ngah menelepon mak just untuk bertanya khabar... dalam perbualan tersebut Mak Ngah cuma bertanya " Susu mak ada lagi tak ?  tiada jawapan yang di terima cuma kedengaran tangisan di talian...
" Laa kenapa ni ? salah  ke  kita tanya tadi ? soal Mak Ngah kepadanya..
Masih tak de jawapan... Mak Ngah membiarkan dia menenangkan diri seketika.
Mak Ngah dah masak dengan stail mak.. dia tak pernah nak beritahu kalau susu tersebut dah habis. Biasanya Mak Ngah akan check sendiri di rumah adik kalau Mak Ngah ke sana.  Tapi kadang2 tu Mak Ngah lupa nak check tulah sebab Mak Ngah tanya mak.

" Kesian kat awak, susu tu mahal " barulah dia bersuara.
" Takpelah yang penting mak sihat " jawap Mak Ngah
" Tak payah belilah, mak tak minum pun tak ape " cadangnya.
" Mak, apalah sangat susu tu kalau nak di bandingkan jasa mak, kita cuma ada mak je sekarang " luahku.
Mak Ngah bukan boleh tengok mak sedih dan menangis, pasti Mak Ngah ikut nangis sama, lalu Mak Ngah minta diri untuk mematikan telepon pada malam tu..

Begitulah mak Mak Ngah yang sentiasa tidak mahu menyusahkan anak2.  Dia sanggup lakukan apa saja kalau dia tahu ada anak2 yang susah.  Kasihnya pada anak melebihi segalanya.  Ingat lagi Mak Ngah ketika dia dalam keadaan kritikal setahun yang lalu, di mulutnya cuma memanggil anak2 nya..
Alhamdulillah kini dia dah sihat walaupun masih menjalani dialisis seminggu tiga kali.

KASIHMU TIADA TANDINGAN NYA,  KAU SENTIASA DI HATI...

Sekian,
Mak Ngah

Jumaat, 20 Mei 2011

PERIKSA DAH HABIS

Assalamualaikum.....

Dah lama Mak Ngah tak menulis,  Kesibukan mengulang kaji membataskan segalanya, kini masa yang padat dah berakhir...., setahun Mak Ngah bertungkus lumus study dan Alhamudullilah minggu lepas Mak Ngah dah habis exam iaitu dua subjek yang terakhir.   Dan InsyaAllah kalau di panjangkan usia Mak Ngah bercadang untuk meneruskannya keperingkat yang lebih tinggi iaitu ijazah.  Ketika kawan seangkatan dah berjaya memgenggam segulung ijazah, Mak Ngah baru nak bermula. Kalau nak tengok usia tentu ada yang tersenyum, tapi Mak Ngah tak kisah walaupun lambat tapi Mak Ngah kini berjaya juga mendapat Diploma dalam bidang perakaunan dan ijazah InsyaAllah....

Sebelum peperiksaan Mak Ngah dah mengambil cuti selama 3 hari bagi mengulang kaji pelajaran iaitu rabu, khamis dan jumaat. Periksa hari Khamis dan Sabtu.  Tapi pada hari selasanya Mak Ngah pergi kerja seperti biasa.  Mak Ngah rasa tak de mood pulak nak buat kerja tapi tak tahu kenapa.... bukan tak de kerja, banyak walaupun kerja-kerja penting yang harus di siapkan sebelum bercuti telah Mak Ngah settlekan awal2 lagi. Ada kerja yang memerlukan kita untuk berfikir, Mak Ngah tak nak buat kerana nak kosongkan fikiran dengan kerja... semua kerja tak jadi.  Selalunya kalau Mak Ngah malas nak pergi kerja tapi kalau dah sampai office mood Mak Ngah akan berubah menjadi positif, bersemangat dan aura-aura yang negatif tu dah hilang dengan sendirinya.

Mak Ngah luahkan pada kawan sepejabat..
" Akak nak baliklah"
" Kenapa Kak, tak sihat ke?
" Taklah, tak de moodlah..."
" Kenapa ?"
" Mungkin nak exam kot, lagi pun kerja dah ok, nanti akak inform bos "
" Oklah..."
" Kalau ada apa2, just call"  pesanku.

Awal Mak Ngah sampai rumah, lebih kurang pukul 11 pagi, terus Mak Ngah sms Pak Ngah.
" I'M AT HOME NOW"
Biasalah lepas tu pasti Pak Ngah akan call.
Pak Ngah bertanyakan kenapa,  apa lagi... nak studylah...jawap Mak Ngah.
Lantas Pak Ngah memberitahu bahawa beliau ingin ke hospital...kenapa pulak je, tak de nampak pun dia tak sihat... Mak Ngah offerkan diri untuk menemaninya...
Barulah Mak Ngah perasan kenapa semua kerja yang Mak Ngah lakukan kat office tadi semuanya tak menjadi....

Dua subjek yang terakhir ini nampaknya susah banyak...paling susah subjek yang last... langsung tak terfikir di ingatan. tak nampak jalan. keluar.  walau apa pun Mak Ngah dah cuba yang terbaik..

Ketika dalam dewan peperiksaan, pelbagai ragam rakan seperjuangan...Mak Ngah tak de masa nak tengok sangat kerana terlalu mengejar masa 3 jam tu.  tapi dek kerana satu suara berdengkur keudara mengisi ruang peperiksaan, itulah Mak Ngah tengok juga keliling... Ada yang dah tidur,  termenung,  ada yang memungtal2 rambut namun ada juga yang kusyuk menekan calculator....

Keluar je dari dewan periksa, Principal dah tersenyum melihat Mak Ngah, sambil Mak Ngah berkata kepadanya,
" Mr. Liew, KO."
" I understand it quit tough, but is ok " jawapnya sambil tersenyum.

Walau apa2 pun Mak Ngah dah memenuhi argegate yang di perlukan untuk lulus..
Alahamdullilah....

Kini Mak Ngah consentrate dengan kerja yang akan di audit tak lama lagi....

Sekian..
Wasallam.

Ahad, 17 April 2011

"Heart to Heart"

Salam...

Suatu pagi yang tenang, seperti selalu Mak Ngah akan membereskan kerja-kerja yang di berkaitan bank dulu sebelum masuk office.  Biasalah memang kerja kita. Hari itu Mak Ngah terconyok di depan CIMB bank menantikan bank buka pada 9.15  pagi.  Mata Mak Ngah suka melihat gelagat orang sekeliling maklumlah di sekitar bank banyak office shipping dan forwarding kiri kanan depan belakang.  Ada yang pergi kerja naik motor atau kereta berhenti depan bank.  Kita tahu memang rutin orang kita takala hendak pergi kerja mesti cium tangan suami.  betul tak? Mak Ngah tengok 99 % para2 isteri cium tangan suami sebelum melangkah masuk ke office.  Itulah budaya yang sangat2 kita kagumi,  menghormarti suami.  Alhamdullilah. tak kira apa status mereka di pejabat namun taraf suami mengatasinya.  Seronok Mak Ngah tengok mereka cuma cara Mak Ngah berbeza.

Mak Ngah dah biasa sejak di beri keizinan untuk bekerja semula, sebelum melangkah keluar rumah pada hari pertama, Mak Ngah cium tangan Pak Ngah dan nyatakan padanya bagi mewakili masa yang akan datang " Yang  keluar rumah untuk bekerja dan tiada niat apa2 selain daripada itu, maka ampunkan  dosa-dosa Yang segalanya sekiranya terjadi apa2 di luar jangkaan ." lepas tu Mak Ngah akan peluk Pak Ngah "Heart to Heart" seketika macam Datuk CT peluk datuk K tu.  Begitulah rutin kami sebelum melangkah keluar rumah setiap hari sehingga sekarang.  Terkadang dalam kekalutan mengejar masa di pagi hari Mak Ngah terlupa, ketika pintu di buka untuk keluar rumah Pak Ngah masih tercegat di tepi meja sambil memerhatikan Mak Ngah. Mak Ngah tengok tangannya di hulurkan.....oh....Mak Ngah terlupa "heart to heart" dengan dia.

Pak Ngah tak berapa suka ianya di lakukan di khalayak.  macamana nak peluk kalau depan orang...kan.!!.
Pak Ngah tak macam suami orang lain yang sering berpegangan tangan dengan isteri, Pak Ngah akan gelisah takala Mak Ngah pegang tangannya ketika pergi shopping.  Itu bukan  cara dia.  Mak Ngah tak kisah. Kalau nak tengok dia hold tangan Mak Ngah ialah ketika melintas jalan, melangkah longkang atau menuruni anak bukit, dia akan pimpin Mak Ngah.  "Nanti jatuh susah nak angkat"  katanya.

Mak Ngah tak kisah yang penting kami bahagia melakukannya bersama.


Love, jumpa lagi
Mak Ngah

Rabu, 2 Mac 2011

Nasi Minyak Abang Long

Assalamualaikum....

Semalam ( Selasa ) Mak Ngah balik kerja dalam pukul 6pm, sebab tak ada kelas itulah Mak Ngah balik lewat sikit selesai mana-mana kerja yang masih tertangguh. Semasa keluar office Mak Ngah nampak kawan ( chinese ) yang sebelah office Mak Ngah kat keretanya ambil barang dan terus menuju ke office nya semula, dari jauh Mak Ngah menyapanya
" Hi lewat balik hari ini" tegur Mak Ngah sambil kaki melangkah masuk ke kedai 99 di sebelah lagi satu office Mak Ngah dalam masa yang sama Mak Ngah dengar seseorang menyapa Mak Ngah pulak.
" Hi dah habis kerja, nak cari baranglah tu", lantas Mak Ngah berpaling.  Oh.... Kak Ina ( Isteri Bos yang sewa di tingkat satu )

Dalam perjalanan balik, Mak Ngah singgah tapow dinner sekejap.

Semasa Mak Ngah sibuk meneliti majalah untuk di beli di kedai buku, telepon Mak Ngah berdering,  Makcik Mak Ngah yang kat kampung yang call.  Dia jemput Abg Long nak kahwin bulan march ni.  Ini kali kedua Makcik Mak Ngah telepon berkenaan perkara yang sama.  Dia sungguh berharap agar Mak Ngah dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut.  Alhamdullilah jodoh Abg Long dah sampai.

Teringat Mak Ngah memori dengan Abg Long ,lebih kurang 18 tahun yang lepas ketika itu dia sedang tunggu SPM dan Mak Ngah pulak bercuti balik kampung tengok Wan ( Arwah).  Satu petang ketika Abg Long panjat pokok manggis dia berkata,
" Kak Ngah esok2 siapalah nak kat Along ni." keluhnya
Mak Ngah tak tahu kenapa dia berkata begitu dan Mak Ngah cuma jawap,
" InsyaAllah, adalah tu, Along jangan fikir yang bukan2" nasihat Mak Ngah.

Di waktu yang lain, selepas solat asar, Along menghafal ayat-ayat suci Al-Quran Mak Ngah menyapanya,
" Rajin Along hafal"
"Kak Ngah, kenapa kawan Along, tengok dorang taklah study sangat, tapi mereka lulus, tapi Along.."
ada perasaan sayu bunyinya.
" Sabarlah Long, Allah nak uji Along tu, InsyaAllah Along pun boleh jadi macam mereka" ujar Mak Ngah
"InsyaAllah" balasnya ringkas.
Mak Ngah tahu along tekun belajar, Along mesti boleh buat.

Di tahun yang lain, along mendapat tawaran belajar keluar negera.  Alhamdullilah.  Masa itu Mak Ngah balik kampung juga, dia sibuk buat persediaan untuk kesana. Satu petang...
" Tanty, along nak keluar ni nak pergi jumpa tok penghulu sebab nak sign borang ni, tanty jaga rumah dan tengok adik2 je" pesan Along pada adik keduanya.  Mak Ngah cuma jadi pendengar.
Malamnya pulak
" JJ nanti kalau along tak ada nanti , tolong tengokkan Wan ( Arwah ) ya,  kalau  Wan suruh apa2 tolong dia, jangan degil dengar cakap Wan " pesan along pada adiknya yang ketiga. Mak Ngah cuma jadi pendengar.

Begitulah Along,  tutur katanya begitu teratur dan tersusun rapi dan setiap perkataan yang di luahkan begitu berhati-hati membuatkan orang lain kagum tanpa menyakitkan hati orang lain.

Mak Ngah tak banyak memori bersamanya sebab dia belajar di luar negara berbelas tahun. Mak Ngah doakan jodoh along berpanjangan hingga ke akhir hayat. 

InsyaAllah Mak Ngah akan meraikan hari bahagia along nanti.

Wassalam.
Mak Ngah.

Selasa, 1 Mac 2011

Pagi yang muram

Ini catatan Mak Ngah yang terdahulu,  tapi entah mengapa Mak Ngah tak dapat untuk menyambung menulis, oleh itu Mak Ngah "copy" kan semula dalam blog yang baru ini.
 
 
Coretan Mak Ngah pada Sunday, February 6, 2011
 
PAGI YANG MURAM
 
Salam sejahtera buat semua,  doa Mak Ngah semuanya dalam situasi yang menyenangkan dan sentiasa berfikiran positif, tenangkan minda dan lapangkan dada dalam semua keadaan. Mak Ngah masih lagi di kampung halaman Pak Ngah, mungkin esok baru berangkat balik dan lusa baru mula bekerja dan tulat ( the day after tomorrow ) baru kelas tuisyen bermula. 

Pagi tadi Pak Ngah ajak Mak Ngah keluar pergi sarapan, Mak Ngah fikir tentu pergi sarapan di tempat dekat-dekat sahaja manalah tahu Pak Ngah bawa sampai ke Segamat untuk bersarapan.  Mak Ngah pakai 'simple' je t-shirt dan seluar jeans .  'Two in one' katannya.  Iayalah semalam dan sebelum tu Mak Ngah ingatkan dia nak pergi bandar Segamat untuk membeli tudung.  Jadi di teruslah sarapan dan pergi kedai pakaian untuk membeli tudung. Masa beli tudung Pak Ngah biarkan Mak Ngah seorang untuk memilih apa-apa yang Mak Ngah nak beli.  Dia tak menganggu pun dia pergi mana pun Mak Ngah tak tahu sebab lepas sarapan Mak Ngah jalan kaki je pergi kedai tersebut yang cuma langkau sebuah kedai dari tempat kami bersarapan. 

Rasanya hampir sejam setengah Mak Ngah memilih tudung, telekung dan anak tudung.  Setahun sekali membeli apa salahnya kan!  lagi pun tudung Mak Ngah semuanya dah lusuh dan berbulu begitu juga anak tudung.  Telekung Mak Ngah beli tiga pasang untuk Mak Ngah, Mak Mak Ngah dan adik ipar Mak Ngah.

Selalunya telekung Mak Ngah beli masa bulan puasa iaitu sebelum hariraya.  Ianya bertukar setahun sekali dalam keghairahan membeli baju raya Mak Ngah juga akan beli telekung baru.  Tapi tahun lepas tak sempat sebab tu baru hari ni dapat beli.  Oleh itu setiap tahun telekung Mak Ngah akan baru. Kat  rumah Mak Ngah banyak telekung yang masih elok,  selalunya kalau pergi mana-mana Mak Ngah akan bawa telekung lama dan ketika berhenti bersembahyang di surau atau masjid Mak Ngah akan tinggalkan di tempat tersebut dan menganggapnya sebagai wakaf.  Walaupun terpakai tapi masih elok.  Mak Ngah mengaku bukanlah seorang pembersih sangat tapi bab telekung Mak Ngah akan pastikan ianya sentiasa bersih dari apa-apalah yang tak sedap di pandang tak selesa di pakai dan dari bau yang tak menyenangkan.

Selepas membuat pembayaran, Mak Ngah keluar kedai Pak Ngah dah stand-by depan kedai tersebut.  Mungkin dia dah tahu Mak Ngah kat kedai tu kot.  Naik je kereta Mak Ngah nampak muka dia lebih masam dari cuka. 

' Beli barang sampai dua jam,  bukan  nak berniaga' Pak Ngah bersuara.

Mak Ngah malas nak menjawap kerana ianya akan  memanaskan lagi  keadaan.  Mak Ngah cuma mendiamkan diri sahaja. Air-cond dalam kereta Mak Ngah pulas ke angka 2.  Moga panasnya sejuk sikit detik hati Mak Ngah. Sebenarnya Mak Ngah dah jangka situasi begini.  Semalam Mak Ngah ada beri idea kat Pak Ngah agar Mak Ngah pergi ke Segamat seorang je.  Mak Ngah tahu perangai sendiri selalu kalau membeli memakan masa yang lama,  selagi tak puaslah katakan.  Pak Ngah pula jenis yang tak suka menunggu lama dan tak suka beli barang, tapi dia juga yang buat pilihan. 

Semasa dalam perjalanan balik,  dalam kereta sunyi sepi tanpa sepatah perkataan yang Mak Ngah luahkan, cuma hati sentiasa berzikir, bertasbih dan  berselawat sambil menarik nafas panjang-panjang menenangkan perasaan sendiri. Mak Ngah tak nak menyalakan lagi api.  Panas dengan panas nanti jadi api.  Macam kalau batu sama batu di geselkan akan mengeluarkan api.  Biarlah,  InsyaAllah hati Pak Ngah akan sejuk nanti.

Sampai aje kat rumah terus Mak Ngah masuk bilik baca suratkhabar.  Pak Ngah pun sama terus meneliti 'Star' suratkhabar. Agaknya lima belas minit dia pun keluar bilik.  Mak Ngah meneruskan pembacaan. Jam menunjukkan pukul 1.14pm, Pak Ngah menjengok Mak Ngah kat bilik menanyakan samada hendah mandi atau tidak kerana dia akan mengambil tuala di luar rumah.  Mak Ngah hanya mengangguk.

Pak Ngah dah mula sejuk.  Memang selalunya begini, tapi dia cepat sejuk. Lepas tu dia ajak Mak Ngah makan selepas  solat zohor.

InsyaAllah kita jumpa lagi. Kita harus berfikiran positif dalam setiap keadaan

Wassalam,
Salam Sayang.
Mak Ngah.
 
 
Coretan Mak Ngah pada Sunday, February 6, 2011
 
DIARY MAK NGAH.
 
 
Salam,  hari ini adalah hari pertama saya menulis dalam blog ini.  Fikir punya fikir dan saya memilih Mak Ngah untuk membiasakan diri.  Nampak tak glamour tapi rasanya sesuai dengan semua peringkat usia, nenek, makcik-makcik, kakak, abang, adik, anak, cucu.  Tambahan lagi usia telah mencecah usia Midi. Mak Ngah cuma ingin berkongsi rasa dalam diary setiap hari dan sekiranya ada yang positif sila ambil sebagai pedoman. Mak Ngah bukannya siapa2, cuma seperti kamu semua hamba Allah yang kerdil.  Cuma Mak Ngah terasa hidup ini seronok kerana banyak warna dan warni tambahan lagi jika hati selalu berfikiran positif.  Hari ini Mak Ngah bercuti raya cina di kampung Batu Anam, Segamat.  

Dua tiga hari lepas banyak jalan di penuhi air banjir tapi kini Alhamdullilah jalan ke Segamat sudah boleh di lalui. Mak Ngah balik hari selasa minggu lepas,  ketika itu perasaan ada sedikit sedih,  bukan apa keluar bonus cuma 1.5 bulan sahaja.

Selama 9 tahun berkhidmat inilah tahun yang paling kurang yang Mak Ngah dapat walaupun tahun lepas adalah yang paling banyak profit yang company dapat. Mak Ngah tahulah sebab Mak Ngah yang buat 'account' syarikat.  Hari terakhir bekerja tu Mak Ngah pujuk hati dengan berfikiran positif.  Semuanya rezeki yang Allah berikan, semuanya ujian bagi kita, InsyaAllah mungkin di hadapan ada peluang yang lebih baik.  Itu ayat yang Mak Ngah telah 'setkan' kat minda ini.  Mak Ngah mesti berfikiran begini, kalau tidak Mak Ngah rasa tak 'happy' dalam melakukan kerja.  Sebab bagi  Mak Ngah kalau tak happy bekerja nanti tiada keberkatan dengannya.  Kita bekerja untuk mendapat dua menafaat di dunia(gaji)  dan akhirat (pahala).

Hari ini Mak Ngah dah ok.  InsyaAllah.  perasaan negatif tentang majikan dah tak ada lagi. Mak Ngah terima seadanya dan Mak Ngah tak boleh untuk mempertikaikan keputusan majikan.  Dan untuk Mak Ngah berhijrah ke syarikat lain bukanlah satu keputusan yang bijak.  Alhamdullilah Mak Ngah dah betul-betul ok sekarang.  InsyaAllah.

Cukuplah untuk hari ini,  apa yang baik kita kongsi-kongsikan bersama.

Wassalam.

Salam Sayang
Mak Ngah

0 comments:


Post a Comment