Bismillahhirahhmanirahim..
Hari ini ramai antara kita yang menyambut "Hari Ibu". Walaupun bukan hari yang penting untuk di sambut oleh orang Islam, kerana kita digalakkan untuk sentiasa dan setiap hari menghargai ibu. Namun begitu sekiranya kita sering terlupa... apalah salahnya kita meraikannya sekadar memeriahkan suasana ketika ini asalkan tidak melampui batas..
Selamat Hari Ibu buat sabahat-sahabat yang dihormati lagi disayangi.. Anda ibu yang hebat, disebalik tugas sebagai isteri juga sebagai pekerja yang berdedikasi, namun anda masih dapat mendidik anak-anak dengan baik.. Tahniah. Perbanyakkan doa buat anak-anak kerana doa ibu sangat-sangat mustajab... tanpa dihijap.
Sekirannya ada di antara anda di panjangkan umur hingga ke usia emas, apabila anak menyakitimu dan membuatkan anda berjauh hati, bersangka baiklah dengan mereka. Jangan sekali-kali berdoa yang membawa kecelakaan buat mereka.
Jika ada di antara kita yang masih punya ibu.... hargailah dan sayangilah mereka.
Kalau kamu seorang anak lelaki.
Sekiranya ada kesempatan untuk menjaga ibu di usia tua, rebutlah peluang untuk meraih pahala yang banyak. Sabar dengan karenah dia. Sekiranya dia bercerita..perkara yang diulang-ulang.... layan ajelah.. Sekiranya dia berleter dan mencece...sabar dan tebalkan telinga... sekiranya dia mengeluh...ambil peduli apa yang dia mahu... sekiranya dia meluahkan perasaan jadilah pendengar setia... kadangkala dia bercerita karenah dan ketidakpuasan hati anak-anaknya yang lain...pujuk hatinya dan jangan mengapi-apikan lagi hingga membuatkannya lebih sedih.
Kalau kamu seorang anak lelaki atau anak perempuan yang tidak berpeluang menjaga ibu :
Jengok ibu, ketika ada kelapangan waktu atau cari masa untuk menziarahi dia..Talipon dan bertanya khabarlah ibu dan mereka yang menjaga ibu.. Ambil peduli tentang ibu... jua kakak atau abang atau adik yang menjaga ibu... hulurkan bantuan mengikut kemampuan agar dapat meringankan beban dia yang menjaga ibu.... Itu ibu kita bersama...ambil peluang untuk meraih sebanyak-banyak pahala selagi ibu masih ada..
Kalau kamu seorang menantu perempuan:
Sekiranya kita seorang menantu yang tinggal bersama ibu kepada suami, berlapang dada dengan karenah ibu mertua. Bantu suami dalam menanggani segala masalah yang melibatkan ibunya. Jadilah isteri yang selalu menasihati suami sekiranya dia terkhilaf dalam melayani ibu. Semoga kita mendapat pahala yang besar disisi Allah...
Kalau kamu seorang menantu lelaki:
Sekiranya kita ditakdirkan menjaga ibu kepada isteri...berilah peluang untuk isteri membalas jasa ibunya.. berlebih kuranglah.. jangan pentingkan diri sendiri, memang kuasa veto di tangan kita.. buka minda dan bertolak ansur. InshaAllah pasti ada rahmat di sisi Allah. Pahala besar buat kita yang mengizinkan isteri berbuat baik kepada ibunya dan ibu kita juga.
Hargai dan sayangi ibu:
Walau siapa pun kita, jutawan, berpangkat, popular dan termasyur di dunia sekali pun... jadikan ibu sebagai medan untuk kita meraih redha Allah bagi mendapat keberkatan hidup yang singkat ini. Jasanya tidak mungkin dapat di balas.
Saya pernah mendengar seorang ustaz berkata :
Ibu mendoakan anaknya yang sakit bersungguh-sungguh dengan linangan airmata " Ya Allah selamatkan nyawa anakku ini Ya Allah "
tapi...
Kita berdoa " Ya Allah sembuhkan lah penyakit ibuku secepat mungkin atau sekiranya mati itu lebih baik untuknya, aku redha."
Itulah bezanya hati ibu dengan hati kita.
"SELAMAT HARI IBU"
Wassalam.
Catatan Popular
-
Semalam. Selepas makan semasa berjalan keluar dari kedai tiba-tiba saya terjatuh. Gedebuk. Cepat-cepat bangun bimbang di sedari orang se...
-
Di satu ketika yang lalu... Saya menziarahinya di hospital. Kesempatan yang singkat kami bertukar cerita... pelbagai yang kami kongsikan...
-
Bismillah.... Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Subhanaallah.... saya di kejutkan dengan pesanan sms dari adik te...
-
9 September 2012 ( Ahad ) 6.30am. Hari ini mengikut perancangan semalam, kami akan keluar berjogging di tasik Shah Alam Seksyen 7. Ka...
-
Salam... Suatu pagi yang tenang, seperti selalu Mak Ngah akan membereskan kerja-kerja yang di berkaitan bank dulu sebelum masuk office. B...
-
18 September 2012 Pagi yang hening di kejutkan dengan deringan telepon " ting tong, ting tong ! laksana loceng alarm ketika tetamu...
-
Assalamualaikum.... Semalam ( Selasa ) Mak Ngah balik kerja dalam pukul 6pm, sebab tak ada kelas itulah Mak Ngah balik lewat sikit selesai...
-
16 September 2012 Teringat lagu ' Pergi tak Kembali" nyayian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bait-bait liriknya cukup membuatkan...
-
KELMARIN........... Kereta saya di halangi oleh sebuah kereta proton pesona. Saya membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian s...
-
Bismillahhirrahmannirahim... Di kesempatan hidup yang berbaki... Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu Ya Allah...dari dosa-dosa yang...
Sabtu, 10 Mei 2014
Langgan:
Catatan (Atom)