Catatan Popular

Jumaat, 15 November 2013

CERITA KELMARIN

KELMARIN...........

Kereta saya di halangi oleh sebuah kereta proton pesona. Saya membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian si pemilik kereta.  Semoga orang-orang di sekeliling memaafkan saya kerana membuat bising, namun tiada pilihan.

Hati yang dulu bukan lagi yang sekarang.... sudah di setkan minda agar bersabar dengan ujian sekecil ini, tiada lagi sikap marah malah sudah memaafkan si pemilik kereta.  Sabar tiada had namun kadang2 kita sahaja yang menghadkannya.

Dua puluh minit berlalu, entah dari mana, pemilik kereta muncul..tiba-tiba, 
sambil memandang sinis kepada saya...seolah-olah saya yang buat salah kepadanya, Masyaallah..

Kesian dia, rendahnya akhlak yang di tunjukkan, usahkan nak minta maaf, mengangkat tangan pun tidak.
Sedih dengan masyarakat kini. Kita telah di ajar pelajaran sivik di sekolah...dan lagi sedih kerana beliau adalah sebangsa dan seagama..

Saya tak kisah pun... cuma masa tesebut telah membuatkan saya kerugian....kerana dalam masa dua puluh minit sudah cukup untuk saya sampai ke pejabat semula bagi menyambung tugas yang melimpah ruah sedang menunggu di atas meja.

RENDAHKAN HATI.... TEGUHKAN IMAN.....