Catatan Popular

Rabu, 19 September 2012

PERGI TAK KEMBALI


16 September 2012

Teringat lagu ' Pergi tak Kembali" nyayian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bait-bait liriknya cukup membuatkan hati sayu dan begitu tersentuh...dan kadangkala boleh mengalirkan air mata takala menghayatinya.

Di kesempatan bercuti saya tidak lepaskan peluang untuk menziarahinya... sudah lama saya tak ke sini, rindu dan keinginan tetap ada tapi masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.  Saya tidak punya alasan walaupun alasan saya cukup munasabah dan kalau di adili sekali pun pasti saya akan menang.





" Sekujur badan berselimut putih......Rebah bersemadi sendiri... Mengharap kasih anak dan isteri.... Apa mungkin pahala di kirim ..."

Sudah dua tahun beliau meninggalkan kami, tapi saya masih tidak dapat melupakannya.  Setiap hari takala  bangun tidur selepas kesyukuran di panjatkan buat Ilahi kerana masih bernafas pasti saya akan hadiahkan  atau sedekahkan Al-Fatihah buatnya ( without fail ) Alhamdullilah dan InsyaAllah sehingga akhir hayat ini.

Seminggu sebelum pemergiaannya saya seolah-olah mendapat petunjuk kerana setiap hari saya akan menangis mengenangkannya terutama ketika memandu sendirian balik dari kerja dan ketika ingin melelapkan mata di malam hari.... entah kenapa.. 

Tapi ketika hari kembalinya beliau mengadap Ilahi saya langsung tidak mengeluarkan air mata kecuali sedikit ketika memberikan ciuman terakhir buatnya... 

Dan selepas itu dan kini saya masih terus mengingatinya dan sesekali mengalirkan air mata... oleh itu setiap zikir dan amalan baik yang saya buat pahalanya di sedekahkan buat beliau.  Semoga beliau tenang di sana...

" Selamat tinggal pada semua......Berpisahlah kita selamanya........
  Kita tak sama nasib di sana...   Baikkah atau sebaliknya.."

Semoga Allah merahmati Allahyarham Ayahanda tercinta...


Mak Ngah
22.25 hours

Selasa, 18 September 2012

Saya Dah Penat



18 September 2012

Pagi yang hening di kejutkan dengan deringan telepon " ting tong, ting tong ! laksana loceng alarm ketika tetamu berkunjung ke rumah.  Nadanya sudah sinonim dengan saya, iaitu dari bonda tercinta.  Mood pagi saya dingin bukan di sebabkan bonda tapi topik yang di utarakan.  Masalahnya senang di rumitkan, kecil dibesarkan.  Saya pun tak tahu kenapa begini jadinya...

Rentak apakah yang mereka mainkan... apa yang mereka mahukan....? 
Saya dah penat untuk menari sama
Saya cuma berdiam diri.  
Mereka berlari saya memilih untuk berhenti.
Mereka merangkak saya selesa mengesot.
Mereka menyanyi saya cuma diam memerhati.
Biarlah mereka menari mengikut rentak dan akhirnya....
Kesumbangan dan kejengkelan tarian yang dipersembahkan terserlah jua..
Akibat rentak yang mereka ciptakan sendiri...

Sungguh.!... SAYA SUDAH PENAT melayan kerenah mereka..
Apakah dosa saya...? 
Sampai bila mereka harus begini...?
Wallahualam....


16.35 pm.

Isnin, 10 September 2012

PERBUALAN AYAM DAN ITIK

9 September 2012 ( Ahad )


6.30am.
Hari ini mengikut perancangan semalam, kami akan keluar berjogging di tasik Shah Alam Seksyen 7. Kami sering kesana menikmati udara pagi yang cukup menyamankan sambil berjalan-jalan laju sesekali berlari perlahan di tepi tasik buatan tersebut. Majoriti orang melayu lebih ramai orang cina sedikit dan jarang2 orang India. Kawasan persekiraan cantik dan bersih kerana pihak berkuasa tempatan sentiasa menjaganya dengan baik. Angin bertiup lebih nyaman dan tenang itulah yang saya paling suka...Namun "planning" terbatal sendirinya kerana saya merasa kurang sihat ( batuk dan sakit tekak ) . Dan kerja saya pagi ini mengosok baju untuk seminggu bekerja.

7.30am.
Saya melakukan SPA kaki secara sendiri.  Merendam kaki dengan air suam bercampur "Relazing Foot Soak Mary Kay "selama 15 minit kemudian saya memberus kaki terutamanya tumit kaki yang pecah, berkeluping dan keras dengan teruk kow..kow.. dengan menggunakan " Energising Foot Scrub" sehingga kulit2 mati tersebut terhakis dan step yang terakhir setelah di bilas kaki saya menyapukan "Smoothing Foot Balm" keseluruhan kaki yang sudah nampak kemerah-merahan di tumit kaki... Dalam masa yang sama saya menonton "Tanyalah Uztaz" di TV9 ( Ingat Sakit Ingat Mati ). Lega rasanya apabila selesai.. Perkara yang sama juga saya lakukan buat suami cuma di hanya duduk dan baca paper sahaja dan setiap step saya buatkan untuk dia...

Selepas bersarapan kami menghantar 2 puteri  saudara kembar ke UTM Serdang menyambung pengajian setelah 2 bulan lebih bercuti..

Kami juga berjumpa anak saudara suami di Sri Petaling dan bersama beliau ke kedai menjual aquarium ikan, itulah hobi kami kini... Ingin membela ikan.. Kami pergi satu kereta anak saudara membawa anak perempuannya berumur 4 tahun. Walaupun baru berusia 4 tahun namun beliau telah mengenakan spek mata 400 power...kesihannya...Saya dan cucu duduk di belakang kereta, beliau banyak bercakap dengan saya tapi sedihnya saya tak tahu apa-apa... Saya juga bercakap dalam bahasa english dia bercakap bahasa cina sesekali dia bertanya saya apa yang saya cakap ( Dia bertanya dalam bahasa cina tapi saya faham ).  Saya mampu senyum dan dia jua senyum dan terpancar lesung pipit sebelah kirinya...Kami berbual bagai ayam dan itik....Sebenarnya sudah lama saya cuba menguasai bahasa ini namun hingga kini masih belum berjaya.

InsyaAllah saya akan cuba menguasainya...agar saya dapat berkomunikasi dengan cucu2 saya...Doakan saya.


Mak Ngah
22.45 hours.







Sabtu, 8 September 2012

" SAYA MAHU "

Saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersamanya. Walaupun ianya begitu terhad Saya mahu meniayakan apa jua kata-katanya Walaupun bertentangan dengan prisip dan pemikiran saya Saya mahu menjadi pendengar setianya takala dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya Walaupun kekadang menampakkan sikap kebudak-budakkan. Saya mahu menjadi tempat dia melepaskan perasaan terkadang dia menangis ketika meluahkan... dan saya juga ikut menangis bersama Saya mahu menjadi penasihat dan penguat semangatnya Saya mahu terus berdoa untuknya lebih lima kali sehari agar beliau tabah Menghadapi kesengsaraan penyakitnya, sabar takala diri di toreh-toreh dan darah bercucuran membasahi tangan dan tengkuk..semuanya sudah lali dengan kehidupannya kini. Saya mahu terus ingin bersamanya selagi masa dan peluang yang Allah kurniakan masih berbaki. Saya cuba jadi tabah dan sabar dalam melayan karenahnya. Semoga Allah kuatkan semangat saya. Saya cuba untuk sentiasa bersamanya selagi hayat masih ada. Masa kami bersama semakin pendek tak kisah siapa yang dahului yang penting saya harus luangkan masa yang berkualiti dan semaksimun mungkin bersamanya. Dialah "MAK" yang saya sayangi dunia dan akhirat... Mak Ngah 8 Sep 2012 21.25 hours