Assalamualaikum....
Semalam ( Selasa ) Mak Ngah balik kerja dalam pukul 6pm, sebab tak ada kelas itulah Mak Ngah balik lewat sikit selesai mana-mana kerja yang masih tertangguh. Semasa keluar office Mak Ngah nampak kawan ( chinese ) yang sebelah office Mak Ngah kat keretanya ambil barang dan terus menuju ke office nya semula, dari jauh Mak Ngah menyapanya
" Hi lewat balik hari ini" tegur Mak Ngah sambil kaki melangkah masuk ke kedai 99 di sebelah lagi satu office Mak Ngah dalam masa yang sama Mak Ngah dengar seseorang menyapa Mak Ngah pulak.
" Hi dah habis kerja, nak cari baranglah tu", lantas Mak Ngah berpaling. Oh.... Kak Ina ( Isteri Bos yang sewa di tingkat satu )
Dalam perjalanan balik, Mak Ngah singgah tapow dinner sekejap.
Semasa Mak Ngah sibuk meneliti majalah untuk di beli di kedai buku, telepon Mak Ngah berdering, Makcik Mak Ngah yang kat kampung yang call. Dia jemput Abg Long nak kahwin bulan march ni. Ini kali kedua Makcik Mak Ngah telepon berkenaan perkara yang sama. Dia sungguh berharap agar Mak Ngah dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Alhamdullilah jodoh Abg Long dah sampai.
Teringat Mak Ngah memori dengan Abg Long ,lebih kurang 18 tahun yang lepas ketika itu dia sedang tunggu SPM dan Mak Ngah pulak bercuti balik kampung tengok Wan ( Arwah). Satu petang ketika Abg Long panjat pokok manggis dia berkata,
" Kak Ngah esok2 siapalah nak kat Along ni." keluhnya
Mak Ngah tak tahu kenapa dia berkata begitu dan Mak Ngah cuma jawap,
" InsyaAllah, adalah tu, Along jangan fikir yang bukan2" nasihat Mak Ngah.
Di waktu yang lain, selepas solat asar, Along menghafal ayat-ayat suci Al-Quran Mak Ngah menyapanya,
" Rajin Along hafal"
"Kak Ngah, kenapa kawan Along, tengok dorang taklah study sangat, tapi mereka lulus, tapi Along.."
ada perasaan sayu bunyinya.
" Sabarlah Long, Allah nak uji Along tu, InsyaAllah Along pun boleh jadi macam mereka" ujar Mak Ngah
"InsyaAllah" balasnya ringkas.
Mak Ngah tahu along tekun belajar, Along mesti boleh buat.
Di tahun yang lain, along mendapat tawaran belajar keluar negera. Alhamdullilah. Masa itu Mak Ngah balik kampung juga, dia sibuk buat persediaan untuk kesana. Satu petang...
" Tanty, along nak keluar ni nak pergi jumpa tok penghulu sebab nak sign borang ni, tanty jaga rumah dan tengok adik2 je" pesan Along pada adik keduanya. Mak Ngah cuma jadi pendengar.
Malamnya pulak
" JJ nanti kalau along tak ada nanti , tolong tengokkan Wan ( Arwah ) ya, kalau Wan suruh apa2 tolong dia, jangan degil dengar cakap Wan " pesan along pada adiknya yang ketiga. Mak Ngah cuma jadi pendengar.
Begitulah Along, tutur katanya begitu teratur dan tersusun rapi dan setiap perkataan yang di luahkan begitu berhati-hati membuatkan orang lain kagum tanpa menyakitkan hati orang lain.
Mak Ngah tak banyak memori bersamanya sebab dia belajar di luar negara berbelas tahun. Mak Ngah doakan jodoh along berpanjangan hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah Mak Ngah akan meraikan hari bahagia along nanti.
Wassalam.
Mak Ngah.
Catatan Popular
-
Semalam. Selepas makan semasa berjalan keluar dari kedai tiba-tiba saya terjatuh. Gedebuk. Cepat-cepat bangun bimbang di sedari orang se...
-
Di satu ketika yang lalu... Saya menziarahinya di hospital. Kesempatan yang singkat kami bertukar cerita... pelbagai yang kami kongsikan...
-
Bismillah.... Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Subhanaallah.... saya di kejutkan dengan pesanan sms dari adik te...
-
9 September 2012 ( Ahad ) 6.30am. Hari ini mengikut perancangan semalam, kami akan keluar berjogging di tasik Shah Alam Seksyen 7. Ka...
-
Salam... Suatu pagi yang tenang, seperti selalu Mak Ngah akan membereskan kerja-kerja yang di berkaitan bank dulu sebelum masuk office. B...
-
18 September 2012 Pagi yang hening di kejutkan dengan deringan telepon " ting tong, ting tong ! laksana loceng alarm ketika tetamu...
-
Assalamualaikum.... Semalam ( Selasa ) Mak Ngah balik kerja dalam pukul 6pm, sebab tak ada kelas itulah Mak Ngah balik lewat sikit selesai...
-
16 September 2012 Teringat lagu ' Pergi tak Kembali" nyayian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bait-bait liriknya cukup membuatkan...
-
KELMARIN........... Kereta saya di halangi oleh sebuah kereta proton pesona. Saya membunyikan hon beberapa kali untuk menarik perhatian s...
-
Bismillahhirrahmannirahim... Di kesempatan hidup yang berbaki... Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu Ya Allah...dari dosa-dosa yang...
Rabu, 2 Mac 2011
Selasa, 1 Mac 2011
Pagi yang muram
Ini catatan Mak Ngah yang terdahulu, tapi entah mengapa Mak Ngah tak dapat untuk menyambung menulis, oleh itu Mak Ngah "copy" kan semula dalam blog yang baru ini.
Coretan Mak Ngah pada Sunday, February 6, 2011
PAGI YANG MURAM
Salam sejahtera buat semua, doa Mak Ngah semuanya dalam situasi yang menyenangkan dan sentiasa berfikiran positif, tenangkan minda dan lapangkan dada dalam semua keadaan. Mak Ngah masih lagi di kampung halaman Pak Ngah, mungkin esok baru berangkat balik dan lusa baru mula bekerja dan tulat ( the day after tomorrow ) baru kelas tuisyen bermula.
Pagi tadi Pak Ngah ajak Mak Ngah keluar pergi sarapan, Mak Ngah fikir tentu pergi sarapan di tempat dekat-dekat sahaja manalah tahu Pak Ngah bawa sampai ke Segamat untuk bersarapan. Mak Ngah pakai 'simple' je t-shirt dan seluar jeans . 'Two in one' katannya. Iayalah semalam dan sebelum tu Mak Ngah ingatkan dia nak pergi bandar Segamat untuk membeli tudung. Jadi di teruslah sarapan dan pergi kedai pakaian untuk membeli tudung. Masa beli tudung Pak Ngah biarkan Mak Ngah seorang untuk memilih apa-apa yang Mak Ngah nak beli. Dia tak menganggu pun dia pergi mana pun Mak Ngah tak tahu sebab lepas sarapan Mak Ngah jalan kaki je pergi kedai tersebut yang cuma langkau sebuah kedai dari tempat kami bersarapan.
Rasanya hampir sejam setengah Mak Ngah memilih tudung, telekung dan anak tudung. Setahun sekali membeli apa salahnya kan! lagi pun tudung Mak Ngah semuanya dah lusuh dan berbulu begitu juga anak tudung. Telekung Mak Ngah beli tiga pasang untuk Mak Ngah, Mak Mak Ngah dan adik ipar Mak Ngah.
Selalunya telekung Mak Ngah beli masa bulan puasa iaitu sebelum hariraya. Ianya bertukar setahun sekali dalam keghairahan membeli baju raya Mak Ngah juga akan beli telekung baru. Tapi tahun lepas tak sempat sebab tu baru hari ni dapat beli. Oleh itu setiap tahun telekung Mak Ngah akan baru. Kat rumah Mak Ngah banyak telekung yang masih elok, selalunya kalau pergi mana-mana Mak Ngah akan bawa telekung lama dan ketika berhenti bersembahyang di surau atau masjid Mak Ngah akan tinggalkan di tempat tersebut dan menganggapnya sebagai wakaf. Walaupun terpakai tapi masih elok. Mak Ngah mengaku bukanlah seorang pembersih sangat tapi bab telekung Mak Ngah akan pastikan ianya sentiasa bersih dari apa-apalah yang tak sedap di pandang tak selesa di pakai dan dari bau yang tak menyenangkan.
Selepas membuat pembayaran, Mak Ngah keluar kedai Pak Ngah dah stand-by depan kedai tersebut. Mungkin dia dah tahu Mak Ngah kat kedai tu kot. Naik je kereta Mak Ngah nampak muka dia lebih masam dari cuka.
' Beli barang sampai dua jam, bukan nak berniaga' Pak Ngah bersuara.
Mak Ngah malas nak menjawap kerana ianya akan memanaskan lagi keadaan. Mak Ngah cuma mendiamkan diri sahaja. Air-cond dalam kereta Mak Ngah pulas ke angka 2. Moga panasnya sejuk sikit detik hati Mak Ngah. Sebenarnya Mak Ngah dah jangka situasi begini. Semalam Mak Ngah ada beri idea kat Pak Ngah agar Mak Ngah pergi ke Segamat seorang je. Mak Ngah tahu perangai sendiri selalu kalau membeli memakan masa yang lama, selagi tak puaslah katakan. Pak Ngah pula jenis yang tak suka menunggu lama dan tak suka beli barang, tapi dia juga yang buat pilihan.
Semasa dalam perjalanan balik, dalam kereta sunyi sepi tanpa sepatah perkataan yang Mak Ngah luahkan, cuma hati sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat sambil menarik nafas panjang-panjang menenangkan perasaan sendiri. Mak Ngah tak nak menyalakan lagi api. Panas dengan panas nanti jadi api. Macam kalau batu sama batu di geselkan akan mengeluarkan api. Biarlah, InsyaAllah hati Pak Ngah akan sejuk nanti.
Sampai aje kat rumah terus Mak Ngah masuk bilik baca suratkhabar. Pak Ngah pun sama terus meneliti 'Star' suratkhabar. Agaknya lima belas minit dia pun keluar bilik. Mak Ngah meneruskan pembacaan. Jam menunjukkan pukul 1.14pm, Pak Ngah menjengok Mak Ngah kat bilik menanyakan samada hendah mandi atau tidak kerana dia akan mengambil tuala di luar rumah. Mak Ngah hanya mengangguk.
Pak Ngah dah mula sejuk. Memang selalunya begini, tapi dia cepat sejuk. Lepas tu dia ajak Mak Ngah makan selepas solat zohor.
InsyaAllah kita jumpa lagi. Kita harus berfikiran positif dalam setiap keadaan
Wassalam,
Salam Sayang.
Mak Ngah.
Coretan Mak Ngah pada Sunday, February 6, 2011
DIARY MAK NGAH.
Salam, hari ini adalah hari pertama saya menulis dalam blog ini. Fikir punya fikir dan saya memilih Mak Ngah untuk membiasakan diri. Nampak tak glamour tapi rasanya sesuai dengan semua peringkat usia, nenek, makcik-makcik, kakak, abang, adik, anak, cucu. Tambahan lagi usia telah mencecah usia Midi. Mak Ngah cuma ingin berkongsi rasa dalam diary setiap hari dan sekiranya ada yang positif sila ambil sebagai pedoman. Mak Ngah bukannya siapa2, cuma seperti kamu semua hamba Allah yang kerdil. Cuma Mak Ngah terasa hidup ini seronok kerana banyak warna dan warni tambahan lagi jika hati selalu berfikiran positif. Hari ini Mak Ngah bercuti raya cina di kampung Batu Anam, Segamat.
Dua tiga hari lepas banyak jalan di penuhi air banjir tapi kini Alhamdullilah jalan ke Segamat sudah boleh di lalui. Mak Ngah balik hari selasa minggu lepas, ketika itu perasaan ada sedikit sedih, bukan apa keluar bonus cuma 1.5 bulan sahaja.
Selama 9 tahun berkhidmat inilah tahun yang paling kurang yang Mak Ngah dapat walaupun tahun lepas adalah yang paling banyak profit yang company dapat. Mak Ngah tahulah sebab Mak Ngah yang buat 'account' syarikat. Hari terakhir bekerja tu Mak Ngah pujuk hati dengan berfikiran positif. Semuanya rezeki yang Allah berikan, semuanya ujian bagi kita, InsyaAllah mungkin di hadapan ada peluang yang lebih baik. Itu ayat yang Mak Ngah telah 'setkan' kat minda ini. Mak Ngah mesti berfikiran begini, kalau tidak Mak Ngah rasa tak 'happy' dalam melakukan kerja. Sebab bagi Mak Ngah kalau tak happy bekerja nanti tiada keberkatan dengannya. Kita bekerja untuk mendapat dua menafaat di dunia(gaji) dan akhirat (pahala).
Hari ini Mak Ngah dah ok. InsyaAllah. perasaan negatif tentang majikan dah tak ada lagi. Mak Ngah terima seadanya dan Mak Ngah tak boleh untuk mempertikaikan keputusan majikan. Dan untuk Mak Ngah berhijrah ke syarikat lain bukanlah satu keputusan yang bijak. Alhamdullilah Mak Ngah dah betul-betul ok sekarang. InsyaAllah.
Cukuplah untuk hari ini, apa yang baik kita kongsi-kongsikan bersama.
Wassalam.
Salam Sayang
Mak Ngah
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Langgan:
Catatan (Atom)
0 comments:
Post a Comment