Catatan Popular

Selasa, 16 Disember 2014

Temujanji dengan Mr Lim Gemas


Semalam. Selepas makan semasa berjalan keluar dari kedai tiba-tiba saya terjatuh. Gedebuk. Cepat-cepat bangun bimbang di sedari orang sekeliling. Malu. Alhamdullilah dapat juga bangkit… tapi sakitnya kaki, terus meluru ke kereta secepat mungkin. Dalam kereta, kaki di usap perlahan-lahan. Berdenyut-denyut, rehat sekejap. Fikiran menerewang sama ada hendak talipon suami atau masuk pejabat atau ke klinik atau hospital.  Lima minit dan keputusannya ke pejabat.

Tingkat 2, sukarnya melangkah kerana kaki sudah mula membengkak. Cuba positifkan minda. Namun kaki dah mula menegang, ketat. Bengkaknya semakin besar. Suami membuat keputusan untuk menghantar saya ke Gemas, pakar urut patah (Mr Lim) bekas guru besar sekolah. Kepakarannya dalam mengubati orang yang sakit patah atau apa-apa yang berkaitan amat-amat kami kagumi. Setiap ahli keluarga atau sedara mara dan kawan-kawan jika ada masalah patah, kami akan cadangkan berjumpa dengan dia. Hasilnya telah di buktikan keberkesannya. Suami telah menyuruh adiknya untuk mengambil nombor giliran dulu kerana kami sedia maklum pasti orang sentiasa ramai memerlukan perkhidmatannya.

Dalam perjalanan, sakit semakin lebih dirasai lebih-lebih lagi jika ada gegaran, pasti terasa sakit sangat. Saya mengambil bantal kecil di letakkan di celah lutut bagi membolehkan kaki tergantung tanpa menyentuh mana-mana bahagian kereta. Suami menanyakan sama ada sakit atau tidak. Malas nak jawap sebab menambahkan sayu di hati. Sunyi. Dalam perjalanan saya Cuma mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kekuatan agar saya dapat menahan kesakitan yang akan di lalui nanti. Sakit kaki bertambah terasa dan tanpa di undang air mata mengalir membasahi pipi. Saya mengambil pendekatan mengucapkan Alhamdullilah dan senyum sebagai petua yang telah diajar oleh Ustazah Nurhafizah Musa bagi mengurangkan rasa sakit. Terus membacanya di selang seli kan dengan beristigfar dan berselawat.

Kami sampai lebih kurang pukul 6.20 petang orang ramai, biasalah. Suami turun dulu untuk mengambil kerusi roda sekiranya ada di sediakan. Nombor kami belum lagi melepasi iaitu numbor 36. Malang kerusi roda tiada dan suami pinjamkan tongkat dari seorang Pakcik di situ, dapatlah saya berjalan menggunakan tongkat. Sebelum itu suami menawarkan untuk mendukung saya, hah! Berat tu…70kg. No..no..no bimbang nanti sakit berpindah tempat pulak.

Lebih kurang pukul 7.30pm tibalah giliran saya. Masuk, duduk. Mr lim memeriksa kaki saya yang bengkak itu… katanya tulang dah beralih… kena betulkan dan tolak semula… ok, jawapan saya ringkas. Buatlah apa saja yang terbaik yang penting kaki ini sembuh seperti sedia kala.

Suami diarahkan untuk memegang kaki berhampiran dengan lutut bagi beliau membetulkan apa yang tidak betul. Saya menyorokkan muka di belakang suami. Takut nak tengok. Tarik nafas…lembutkan kaki.. kedengaran suami memberi arahan. Terasa kaki di godel, keriut… dan entah apa-apa lagi. Nyilu dan sakit sangat tapi tiada suara yang keluar. Hah! Lega sikit walau masih ada rasa sakit dek berpusing-pusing kaki tadi. It ok. Bayarannya cuma RM30 sahaja. Murah sangat.

Dalam berjalan balik suami bertanya “ tak sakit ke ? mungkin dia lihat saya selamba sahaja.

“ Sudah tentu sakit bang…” ringkas jawap saya.

“ Kalau sakit, lepaskanlah..”

“ Bukan cara saya “

Kami sampai di rumah hampir pukul 12 malam. Penat, rehat, tidur.

 

 

Jumaat, 3 Oktober 2014

Maafkan Saya Sahabat



Di satu ketika yang lalu...


Saya menziarahinya di hospital. Kesempatan yang singkat kami bertukar cerita... pelbagai yang kami kongsikan bersama.  Sungguh sudah lama kami tidak begini. Berbual apa saja. Seronoknya.

Dan tanpa di pinta tiba-tiba saya sebak seketika.

Saya cuba menyembunyikan wajah ini di sebalik pintu, agar titisan air yang mengalir di pipi tidak di sedari oleh dia...perasaan apakah ini tidak saya ketahui. Saya mengutuk diri sendiri

Kejamkah saya? Sampai hati saya membiarkan dia...tanpa merisik khabar
Membisu begitu lama, adakah layak saya di gelar sahabat?

Ketika  saya mampu mengalas beg yang berharga ribuaan rm dan memandu kereta ratusan rm tapi membiarkan dia begitu..... Ya Allah ampunkan saya.

Dia tidak mengeluh, tidak ada langsung sikapnya yang menyalahkan saya, dia Nampak sungguh bahagia walaupun dalam serba kekurangan.

Saya membiarkannya begitu lama... sayu dan berdosa teramat sangat.

Peristiwa di hospital tidak dapat saya lupakan... dan di saat itu jugalah saya sering mencarinya.
Saya tidak mahu tertidur lagi dari mimpi. Dia pasti akan saya dampingi...

Maafkan saya sahabat....


 



Isnin, 22 September 2014

Aku Mahu


Bismillahhirrahmannirahim...

Di kesempatan hidup yang berbaki...
Ya Allah, aku mohon keampunan dariMu Ya Allah...dari dosa-dosa yang diperbuat sama ada dalam sedar dan sengaja atau yang tidak disengajakan, dosa yang lalu dan kini dan jua yang akan datang, dosa yang tidak aku ketahui atau yang nyata.
Ya Allah aku hamba yang jahil, banyak dosa, nafsu sering menguasai diri... ampunilah aku....
Masa yang terlalu pendek ini aku mohon agar hidupku di rahmati oleh Mu Ya Allah, aku mohon keberkatan hidup ini, aku mohon agar di ampunkan dosa-dosaku sebelum aku mengadapMu
Ya Allah.
Sebagai Hamba,
Aku mahu menjadi hambaMu yang paling-paling tawaduk... aku mahu menjadi hambaMu yang paling di kasihiMu Ya Allah. Bantulah aku...berikanlah hidayah kepadaku... berkatilah aku...rahmatilah aku...aku sangat-sangat berharap dariMu Ya Allah.  Aku mohon agar engkau menanugerahkan hari terakhirku sebagai hari yang paling-paling mengembirakan aku dan teristemewa. Aku berserah padaMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus.

Sebagai Isteri,
Aku mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami... semata-mata keranaMu Ya Allah.
Menurut perintahnya selagi tidak membatasi agama

Sebagai Anak,
Aku mahu jadi anak yang terbaik buat emak dan arwah ayah. Bantulah aku Ya Allah,
Semuanya semata-mata keranaMu Ya Allah.

Sebagai Adik dan Kakak,
Aku mahu jadi yang terbaik buat kakakku jua adik-adikku. Aku mohon dari Mu Ya Allah
untuk terus tawaduk dalam menjadi yang terbaik semata-mata kerana Mu Ya Allah

Sebagai Pekerja,
Aku mahu jadi pekerja yang terbaik buat boss ku.dan syarikat tempat aku meraih rezeki..semata-mata keranaMu Ya Allah

Aku mahu menjadi hambaMu yang paling-paling istimewa dan tawaduk Ya Allah
Berkatilah aku, rahmatilah aku, bantulah aku, pimpinlah aku kerana aku hidup dan matiku semata-mata kerana Mu Ya Allah.

Wassalam.


Boikot


Suatu hari seminggu selepas hari raya.

Hari ini ketika sedang meneliti menu Makan tengahari tadi, tiba-tiba saya disapa oleh seseorang.

"Happy hari raya kak..." Tegur beliau. Seorang lelaki serani,  mungkin
" Terima Kasih" saya menjawap pendek
" Sekejap ya...akak tengok menu dulu" saya meneruskan perbualan.
" It ok" jawapnya pendek.

"Kak ada tampal sticker McDonald ke kat kereta"? tanyanya
"Tidak ada, kenapa ya"? perasaan ingin tahu
"Oh.. kalau ada, tolong buangkan" jawapnya
Dalam hati saya tertanya-tanya.. kenapa ya

" Kenapa begitu dik" apa di hati di luahkan
"Sebab ada sesetengah orang memboikot Mcdonald sehinggakan memecahkan
tingkap cermin kereta yang mempamerkan sticker tersebut" ceritanya
" Hah begitu sekali ke.. mereka memboikot'? soal saya, pelik
"Ya, kak tapi bukan di sinilah... di Perak" jelasnya

Allahuakhbar...
Jika kita memboikot pun biar kena cara..
Jangan sekali-kali merosakkan harta benda orang lain
Berfikirlah secara rasional
Bertindak dengan minda matang

Dalam hati saya berdoa agar mereka yang bertindak melulu ini
bukan dari kalangan bangsa sendiri walaupun pada hakikat dan
gerak hati dan rasa saya sudah ada jawapannya.

Hanya Allah lebih mengetahui...

Wassalam.




MULANYA DI SAAT INI


Syukur Alhamdullilah... hingga kini di berikan Allah kesihatan yang baik

Sudah sarat rasanya... saya mesti mulakan saat ini juga
Perlbagai ragam dalam minda yang perlu di luahkan agar ianya terasa lega sedikit
Sekiranya tidak mampu semua sekurang-kurangnya sebahagian atau sejemput pun jadilah
Saya perlu beri masa dan saya perlu berkorban jiwa dan raga...
Kalau tidak di coretankan lemas membelenggu diri

Masanya sudah sampai.... tidak mahu bertangguh lagi
Kudrat yang telah Allah kurniakan tidak harus di sia-siakan
Dalam doa sering kuluahkan kepada pencipta
Kini saya harus merungkaikannya semua.

Bahasa, ejaan dan tatabahasa perlu di perbaiki
Harap berdikit-dikit mesti boleh
Segala macam persoalan di berikan ilham untuk mengatasinya.

Subhanallah....
Menulis tanpa henti...melegakan
Memecahkan rasa hati...
Menterjemahan apa yang menerewang di minda

Hah!
Dah lega sikit...
Nekad saya boleh....Boleh....BOLEH.

Sekian.
Wassalam

Isnin, 21 Julai 2014

Ramadhan akan pergi...


Allahuakhbar..
Ramadhan dah nak pergi...
Tapi hati belum puas menikmati...
Nikmatnya masih belum di rasai...
Hingga ke sanubari...

Subhanallah...
Ramadhan dah nak pergi...
Duhai hati kenapa begitu keras..
Sukar menhayati dan mendalami..
Malam-malamnya yang diberkati...

Allahu...
Ampunilah aku...
Rahmatilah aku...
Berkatilah aku...


Ya Allah...
Aku mohon padaMu.
Usia yang berbaki
Di beri ruang dan peluang..
Ramadhan yang dah nak pergi..
Dapatku temui sekali lagi

Ya Rahman...Ya Rahim.
Engkau lebih mengetahui...
Setiap detik berlalu dan mendatang...
HidayahMu...RedhaMu...RahmatMu
Kurniakanlah buat hambaMu yang jahil ini..
PadaMu aku berserah...
PadaMu aku memohon..








Sabtu, 10 Mei 2014

Hargai IBU.

Bismillahhirahhmanirahim..

Hari ini ramai antara kita yang menyambut "Hari Ibu". Walaupun bukan hari yang penting untuk di sambut oleh orang Islam, kerana kita digalakkan untuk sentiasa dan setiap hari menghargai ibu. Namun begitu sekiranya kita sering terlupa... apalah salahnya kita meraikannya sekadar memeriahkan suasana ketika ini asalkan tidak melampui batas..

Selamat Hari Ibu buat sabahat-sahabat yang dihormati lagi disayangi.. Anda ibu yang hebat, disebalik tugas sebagai isteri juga sebagai pekerja yang berdedikasi, namun anda masih dapat mendidik anak-anak dengan baik.. Tahniah. Perbanyakkan doa buat anak-anak kerana doa ibu sangat-sangat mustajab... tanpa dihijap.
Sekirannya ada di antara anda di panjangkan umur hingga ke usia emas,  apabila anak menyakitimu dan membuatkan anda berjauh hati, bersangka baiklah dengan mereka. Jangan sekali-kali berdoa yang membawa kecelakaan buat mereka.

Jika ada di antara kita yang masih punya ibu.... hargailah dan sayangilah mereka.

Kalau kamu seorang anak lelaki.
Sekiranya ada kesempatan untuk menjaga ibu di usia tua, rebutlah peluang untuk meraih pahala yang banyak. Sabar dengan karenah dia. Sekiranya dia bercerita..perkara yang diulang-ulang.... layan ajelah.. Sekiranya dia berleter dan mencece...sabar dan tebalkan telinga... sekiranya dia mengeluh...ambil peduli apa yang dia mahu... sekiranya dia meluahkan perasaan jadilah pendengar setia... kadangkala dia bercerita karenah dan ketidakpuasan hati anak-anaknya yang lain...pujuk hatinya dan jangan mengapi-apikan lagi hingga membuatkannya lebih sedih.

Kalau kamu seorang anak lelaki atau anak perempuan yang tidak berpeluang menjaga ibu :
Jengok ibu, ketika ada kelapangan waktu atau cari masa untuk menziarahi dia..Talipon dan bertanya khabarlah ibu dan mereka yang menjaga ibu.. Ambil peduli tentang ibu... jua kakak atau abang atau adik yang menjaga ibu... hulurkan bantuan mengikut kemampuan agar dapat meringankan beban dia yang menjaga ibu.... Itu ibu kita bersama...ambil peluang untuk meraih sebanyak-banyak pahala selagi ibu masih ada..

Kalau kamu seorang menantu perempuan:
Sekiranya kita seorang menantu yang tinggal bersama ibu kepada suami,  berlapang dada dengan karenah ibu mertua. Bantu suami dalam menanggani segala masalah yang melibatkan ibunya.  Jadilah isteri yang selalu menasihati suami sekiranya dia terkhilaf dalam melayani ibu. Semoga kita mendapat pahala yang besar disisi Allah...

Kalau kamu seorang menantu lelaki:
Sekiranya kita ditakdirkan menjaga ibu kepada isteri...berilah peluang untuk isteri membalas jasa ibunya.. berlebih kuranglah.. jangan pentingkan diri sendiri, memang kuasa veto di tangan kita.. buka minda dan bertolak ansur.  InshaAllah pasti ada rahmat di sisi Allah. Pahala besar buat kita yang mengizinkan isteri berbuat baik kepada ibunya dan ibu kita juga.

Hargai dan sayangi ibu:
Walau siapa pun kita, jutawan, berpangkat, popular dan termasyur di dunia sekali pun... jadikan ibu sebagai medan untuk kita meraih redha Allah bagi mendapat keberkatan hidup yang singkat ini. Jasanya tidak mungkin dapat di balas.

Saya pernah mendengar seorang ustaz berkata :
Ibu mendoakan anaknya yang sakit bersungguh-sungguh dengan linangan airmata " Ya Allah selamatkan nyawa anakku ini Ya Allah "
tapi...
Kita berdoa " Ya Allah sembuhkan lah penyakit ibuku secepat mungkin atau sekiranya mati itu lebih baik untuknya, aku redha."

Itulah bezanya hati ibu dengan hati kita.

"SELAMAT HARI IBU"

Wassalam.